Kursus ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan, pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran; aplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran; pengajaran;pengintergrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran; pengurusan media dan sumber pendidikan.
info PPG daripada IPGM
Pakej ini dihasilan bagi keperluan Kursus menghasilkan media atau objek pembelajaran bagi kegunaan pembelajaran atas talian (OLL - online learning) untuk Program Pengsiswazahan Guru (PPG).
Kursus ini mempunyai tiga (3) urutan proses, bermula dengan aktiviti perancangan pengajaran (instructional planning), membina objek pembelajaran (learning object) dan seterusnya merekabentuk dan membina proses pembelajaran menggunakan LMS (Learning Management System - Sistem Pengurusan Pembelajaran) iaitu pakej Moodle.
Sebagai seorang pensyarah IPG, tugas utama adalah melatih dan membimbing siswazah guru (guru pelatih) dalam pelbagai ilmu dan kemahiran keguruan. Dari itu kita semestinya mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran keguruan. Apakah ilmu pengetahuan dan kemahiran keguruan yang perlu kita kuasai? Dalam abad ke-21 ini, seseorang pendidik seharusnya mempunyai "Technological Pedagogical and Conten Knowledge" (TPACK), supaya dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | Today Thursday, 23 May 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |